RSS

GUBAHAN BUNGA PERKAHWINAN DAN PERTUNANGAN OLEH NANIFLORIST

BUNGA DIP/BUNGA KRISTAL DAN BUNGA STOKIN..


BUNGA DIP DAN BUNGA STOKIN UNTUK HANTARAN PERTUNANGAN DAN PERKAHWINAN SEPERTI BUNGA DULANG,BUNGA TELUR TERUTAMA UNTUK MEJA VIP DAN BUNGA PAHAR. UNTUK HIASAN RUMAH, BILIK DAN MEJA PENGANTIN,PELAMIN. KAMI SEDIA MENERIMA TEMPAHAN.


Semua tempahan hendaklah dibuat 4 atau 3 bulan sebelum majlis perkahwinan.

TELEFON: 0192158203 (ROSNANI @ KAK NANI)

EMAIL: nani_jtk2001@yahoo.com

FOTOGRAFI: M.AMIR HAMZAH Blacksuits photog



----------------------------------------------------









WATER WORLD AIR PANAS PEDAS, REMBAU DAN SULAMAN REBEN NANI FLORIST TABLE RNER

Waterworld Air Panas Pedas, Rembau..17/9/2012

Bersantai dengan anak2 di Waterworld air panas pedas, seronok tengok
mereka seronok.. apalagi yg blh membahagiakan kita selain dari melihat
anak2 gembira.. kegembiraan mereka itulah segalanya..

Selalu nya sibuk dgn tugasan kerja,tugasan dirumah dan buat tempahan bunga.
so hari ini diberi sedikit ruang untuk bergembira bsama anak2..
alhamdullah berjalan lancar...

Harga pun berpatutan dan rasanya mampu:
Adult: RM12.00
Child: Rm10.00








......................................................................................................................................................

SULAMAN BUNGA REBEN
ADMIRE SUNGGUH DGN SULAMAN REBEN SUZANA MUSTAFA..
Itu yang terbuka hati utk menyulam semula. Kalau dulu reben2 ni
kita akan bentuk untuk buat bunga pahar dan gubahan hantaran.
Menyulam tidaklah menyerlah seperti sekarang.
...............................................
Inilah dan Lihatlah hasil sulaman reben dari Naniflorist ni..
Buat lagi sulaman reben untuk table rner. Seronok pulak jadinya..
taklah cantik sangat setakat sedap mata memandang je..
must improve lagi.. insyallah
padahal tak cukup masa sbb tempahan bunga pahar dah berderet.
tapi teringin nak buat. bergalaskan ilmu yg ada 10 tahun dulu.
cuba asah balik,cuba ingat balik dan alhamdulah jadi jgk.
tak sabar Nak pakai untuk raya ni.


















.................................................................................................................

Bunga2 reben biru yang belum dicantum




Bunga Rose Merah dibentuk.. seronok tengok kuntuman-kuntuman
bunga ros merah menyala.. terserlah cantiknya





Himpunan bunga ros reben pink dan merah..
Menariknya.. hanya tunggu dicantum menjadikan
satu gubahan bunga..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RESEPI DARI BONDA.. RAMUAN ASLI TURUN TEMURUN

                                       

RESEPI BONDA.. Selain dari membuat bunga-bungaAN, aku juga suka memasak.
Untuk family memang wajiblah.. ni aku share resepi yang asli ciptaan ku..
turun temurun dari arwah emak..Bila dapat memasak ni.. jiwa rasa puas
dan rasa seronok sangat.. Rasa penat hanya timbul selepas masak je.. 
sudah kebiasaan, kena kemas dapur, basuh pinggan dan lap dapur..
itu sudah pasti kerana kerja-kerja didapur tidak pernah habis..
sentiasa ada..

JOM CUBA RESEPI BONDA...





RESEPI MASAM ASAM PEDAS BONDA


Bahan-bahannya:

2 keping ikan parang atau ikan tenggiri
1 gengam cili kering direndam dgn air panas (blender)
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (guna 1/2 sahaja dihiris )
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil halba campur
1 sudu kecil lada hitam
1 tangkai daun kari
1 batang daun bunga kantan (dibelah tengah)
2 tangkai daun kesom
3 sudu asam jawa (campur dgn air. jadikan 1 mangkuk)
5 btg sayur bendi
5 sudu minyak masak
sedikit belacan (kalau tak bubuh pun tak pe)
1 sudu kecil garam kasar
1 sudu kecil bahan perasa ayam

Cara-cara menyediakan bahan;

Ikan dibasuh bersih, kali ketiga bilasan hendaklah selawat supaya suci dan masakan lebih sedap dan toskan. Kupas Bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit hidup. Apabila siap semua bahan yang dikupas tadi, kisarkan bersama lada hitam,belacan dan daun kesum . Bunga kantan dibelah dua tengahnya. Setengah biji bawang besar dikupas dan dihiris. 3 sudu asam jawa dicampur air dan diramaskan supaya keluar air asamnya dan jadikan 1 mangkuk gulai.

Cara memasak:

1. Panaskan minyak didalam periuk. Renjiskan sedikit air utk mengetahui tahap panasnya minyak tersebut.
2. Setelah minyak panas, masukkan halba campur dan bawang besar yang dihiris tadi. kacau sehingga bahan tadi mengeluarkan bau yang wangi.
3. Apabila bawang berwarna kekuning-kuningan masukkan bahan2 yang dikisar dan cili. Kacau bahan2 tersebut.
4. Masukkan ikan parang atau ikan tenggiri yang telah dibersihkan tadi. biarkan sekejap.
5. Akhir sekali masukkan air asam jawa. boleh ditambahkan lagi dengan air kosong sekiranya kuah asam pedas itu nampak pekat sedikit. Apabila mendidih barulah campakkan sayur Bendi. Biarkan sekejap sehingga mendidih (5 minit) tutup api gas. Selepas itu bolehlah diangkat dan dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

rba/bonda nani..
........................................................................................................................................................





KERABU MANGGA BONDA

Bahan-bahannya:

2 biji mangga apple muda
(blh guna mangga lain sekiranya mangga apple tiada)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
7 ulas cili padi (dihiris halus)
1/2 cawan santan pekat
3 ulas limau kasturi
sedikit sos ikan (anggaran 1 sudu besar)


Cara-cara Membuatnya,

Kupas kulit mangga, dibasuh dan ditoskan. Kemudian mangga hendaklah diparut seperti dalam
gambar. Apabila siap diparut letakan didalam bekas eg. mangkok. 7 ulas cili padi dihiris halus
dan 3 ulas limau kasturi diperah ambil airnya. Letakkan mangga yang telah siap diparut tadi didalam mangkuk, kemudian campurkan santan, cili padi, air perahan limau, serbuk lada hitam dan sos ikan (tidak perlu bubuh garam sbb sos ikan dah cukup masin). Gaulkan perlahan2 biar menyerap bahan2 yang digaul tadi.

Kemudian baharulah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA


rba/bonda nani..

.....................................................................................................................................................




MASAK LEMAK CILIPADI BONDA

Bahan-bahannya,

2 keping ikan Jenahak
11 ulas cili padi ( petua org tua2 kalau ganjil kiraan cili, kurang pedas)
sedikik kobis jeruk
1 1/2 inci kunyit hidup
1 sudu kecil garam kasar

1 ulas asam keping
Santan 1 mangkuk (yg siap rm2.00)
(kalau guna kelapa parut, 1 biji)

Cara-cara Membuatnya,

Ikan dibasuh bersih, kali ketiga bilasan hendaklah selawat supaya suci dan masakan lebih sedap.
11 ulas cilipadi dan kunyit hidup(dikikis terlebih dahulu) dibasuh dan dikisarkan campur dgn 1/2 cawan air, atau boleh juga menggunakan lesung batu tumbuk. Sekiranya menggunakan lesung, tumbukan kunyit hidup dengan garam dahulu hingga lumat baharulah campurkan cilipadi dan tumbuk hingga sebati.
Sayur kobis jeruk hendaklah dibasuh bersih2 supaya hilang masin jeruk.

cara-cara memasaknya:

masukkan ikan yang telah dibasuh dan bahan yang telah dikisar tadi kedalam periuk. gunakan api yang sederhana besarnya. biar sekejap dulu.. selepas itu masukkan santan dan kacau pelahan2. cara kacau nya, ceduk bahagian atas sahaja. jangan kacau pusing2 nanti hancur ikan. Setelah mendidih masukkan kobis jeruk tadi.. biarkan masakan mendidih lagi sekali.. kemudian baharulah tutup api nya..

selamat mencuba..

rba/bonda nani..

...........................................................................................................................................


BUBUR JAGUNG BONDA MENGGUNAKAN SUSU CAIR

UNTUK 10 MAKAN
 Bahan-bahannya:

5 tongkol jagung
1 tin jagung
1 tin susu cair ideal
1 kotak susu dutch lady full cream
2 tin air kosong ( guna tin susu)
2 ketul gula kabung
setengah cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1 cawan sagu biji

Cara-caranya:-

5 tongkol jagung dibuang kulitnya, dibasuh terlebih dahulu 5 tongkol jagung tersebut kemudian barulah dileraikan biji jagung. hasil leraian jagung tersebut diletakkan didalam tapis atau bekas bilas lagi sekali buangkan rambut2 pada jagung. Kemudian rebus jagung selama hingga empuk dalam masa 15 ke 20 minit. Sagu biji diletakkan didalam tapis dan dibilas/dijirus air. biarkan sebentar.

Setelah jagung masak dan empuk masukan jagung dalam tin, gula kabung, gula pasir dan daun pandan. kacau perlahan2. Kemudian masukkan susu cari ideal ,susu kotak dan air. kacaulah sehingga mendidih baharulah masukkan sagu biji dan kacau lagi sehingga mendidih dan sagu biji masak. (kalau nak tahu sagu biji masak warna nya jernih bukan putih, kalau masih putih lagi bermakna blm masak..)

Siap mendidih dan masak boleh lah diangkat dan dihidangkan..

Boleh juga ditukarkan susu dengan santan.. tapi rasa saya menggunakan susu lagi sedap dan kurang kolestrol...

Selamat mencuba..

dari Bonda nani







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GUBAHAN HANTARAN JIHAH, BERTEMAKAN PURPLE WHITE ROSES

Bakul-bakul yang telah sedia digubah untuk Gubahan Hantaran Cik Jihah
Kombinasi colour yang bertemakan dark purple roses dan white roses
menambahkan seri hantaran ini..
Selamat Pengantin Baru Jihah,Smuga bahagia hingga keakhirnya..
Sekiranya anda juga berminat boleh tempah
melalui email or by phone.














------------------------------------------------------------------------------------------------

Gubahan Span Bantal.
Span disalutkan dengan kain silver
dan dihiasi dengan rambu ramba soft purple dan beigh color..


Gubahan Hantaran yang telah siap ..




Gubahan hantaran yang telah siap kasut, tempat cincin, gps,
cermin mata,jam, bekas kek dan bakul buah...




Gubahan Wallet/belt dan Kasut Pengantin


Gubahan Bakul Buah2an dan Kotak Bekas Kek


Gubahan Hantaran GPS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS